Monday 26 December 2011

ABOUT ORIGINAL REJECTED PERFUMES

Info :
- Semua minyak wangi diimport terus dari luar negara seperti Singapura dan Hong Kong
- Kadang-kadang, apabila minyak wangi sampai ke negara penerima, bungkusan mengalami kecacatan dan tidak sesuai untuk menjual di kaunter
- Akan tetapi, kadang-kadang terdapat juga lebihan stok promosi di mana produck ini tidak boleh dijual di kaunter dan terpaksa melalui saluran kami
- Beberapa minyak wangi kami telah dieksport ke negara-negara yang bercuaca yang sejuk dan panas
- 2 cara yang paling berkesan untuk membuktikan ketulenan produk :
~ Dengan menggoncang botol perfume 180 darjah ke kiri dan kanan. Anda dapat melihat buih-buih halus yang akan mengewap ke permukaan cecair perfume. Walau bagaimanapun, buih ini tidak mengandungi udara tetapi lebih kepada molekul-molekul halus yang dapat dilihat
~ Kaedah menyembur pada sehelai kertas banyak digunakan dan dipraktikan di kaunter-kaunter seluruh dunia
- Minyak wangi ini mengandungi alkohol dan boleh digunakan semasa solat. sila rujuk kepada Fatwa Kebangsaan 1985 kaitan kepada alkohol .

WHY U BUY PERFUMES GRADE AA OR AAA ?

RECOMMENDATIONS :

  • kurang bugdet nak beli original
  • penggemar perfumes 
  • selalu tukar2 perfumes mengikut majlis
  • sentiasa sembur perfumes
  • hadiah kepada rakanrakan(CONFIRM HAPPY )
  • pengumpul botol dan koleksi perfumes


ABOUT PERFUMES GRADE AAA

PERFUME GRED AAA

1) Kotak, botol n cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100% kecuali

material yg digunakan berlainan sediikit, tetapi ramai tidak nampak perbezaannya

kerana diduplicate/diciplak sebiji original.

2) Ia sebenarnya dibungkus dan di botolkan di CHINA tetapi pati asal perfume ini datang 


dari negara asal, cume dikurangkan patinya N alkoholnya apabila dibotolkan. Oleh itu 


baunya tetap sama.


3) 90% original. 10% lagi kandungan dan material yg digunakan berbeza.

4) Not long lasting as original but average for me its good. Lebih kurang 4 jam di aircond

dan suhu bilik. Jika original 8 jam edt ke 24 hours edp.

5) Sebenarnya ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada suhu badan, ada yang


 lamer dan ada yang kurang. oleh itu pemakaian individu adalah berbeza ( ORI atau double


 AA)

6) Jika sesiapa yang bekerja di site@luar kurang digalakkan memakai double grade AAA,


kerana cuaca yang panas akan mengurangkan lagi bau perfume yg ada.

Tuesday 20 December 2011

PROMOTION HAPPENING NOW ! PERFUMES GRED AA

PROMOTION NOW !

PERFUMES GRADE AA ONLY RM25 .

JANGAN LEPASKAN PELUANG .

TO MAKE AN ORDER JUST PM 
OR
SMS AT 0169509019 .

"CERIAKAN DIRI ANDA DENGAN BAU YG HARUM "

Thursday 8 December 2011

PERFUMES SUPER GRADE

Saya telah menambah satu lagi jenis perfumes ----> SUPER GRADE PERFUMES
SUPER GRADE PERFUMES bau die lebih 'kaw' dari PERFUMES GRED AAA
hanya bersaiz kecil .
untuk permulaan STOCK ADALAH LIMITED !
SO?APA TUNGGU LAGI ?
dapatkan segera !











any order u can contact me through :
phone : 016-9509019



Wednesday 7 December 2011

CARA PEMBAYARAN ...

Kalau ingin membuat tempahan minyak wangi sila bagi detail kat inbox HOT PERFUMES SELLER dan bagi detail seperti :


  1. NAMA
  2. ORDER (PERFUMES DAN KUANTITI)
  3. ALAMAT
  4. CONTACT NUMBER
  5. PAYMENT METHOD (BANK ISLAM/CIMB).ACCOUNT NO. AKAN DIBERI KEMUDIAN
  6. PENTING :SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN SILA BERIKAN RESIT/BUKTI PEMBAYARAN DEKAT HOT PERFUMES SELLER (INBOX).SELEPAS ITU,BARU KAMI AKAN POS KAN.TUJUAN RESIT UNTUK MENGELAKKAN PENIPUAN .
  7. BOLEH CONTACT MY NUMBER : 016 - 9509019
SHIPPING INFORMATION :
POS LAJU
FLAT RATE :
WEST M'SIA (RM7)
SABAH & SARAWAK (RM10)

P/S :HARGA PERFUMES TIDAK TERMASUK POSTAGE CHARGE .KAMI AKAN MEMBALAS SETIAP TEMPAHAN DALAM MASA 24 JAM.

Tuesday 6 December 2011

PROMOTION HAPPENING NOW !



Mari dapatkan minyak wangi berjenama dengan harga rendah !
Kami menawarkan rm5 diskaun kepada 20 pembeli terawal sahaja .
Jadi,jangan lepaskan peluang !


Be our first customer :)

INGAT !
"BAU ANDA MENCERMINKAN DIRI ANDA"
:)


any order bole contact my number 0169509019
or
through my fb acc
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000732197569
or my page :
http://www.facebook.com/SMELLIKEANGEL

Saturday 3 December 2011

tidak semua alkohol itu najis .


10 Tips About Perfume and Fragrances .

Here are 10 tips for the fragrance lover, to make sure you can make the most out of your perfume.


1. About testing perfumes: Spray the fragrance onto the tester paper and place it 1 foot away from yourself, and then fan it gently.


2. About testing perfumes: Spray the fragrance up into the air above you, and when the mist falls, inhale deeply and feel the first feeling this fragrance gives you.


3. About testing perfumes: Spray the fragrance on your wrists, and see how when in contact with your pulse and body warmth, the perfume changes. See how long-lasting and stable the fragrance is.


4. About testing perfumes: Spray the fragrance onto a handkerchief to test how it would smell like on fabric.


5. Don't apply perfume behind your ears, as it will be easy for it to mix with the secretions of your skin and form a strange smell.


6. Don't apply perfume between your breasts, as this will make it easy to form bumps and pimples.


7. Don't apply perfume in your arm pits, because when this perfume without the effect of deodorants and anti-perspirants, it will also form a strange smell when in contact with perspiration.


8. During daytime, apply perfume on your wrists, joints on your legs and above your tummy.




9. At night, apply perfume on the back of your neck.


(The above two tips are to avoid the reaction between UV rays and perfume forming allergies or damaging the skin.)


10. Don't spray fragrances onto light-coloured clothing, as this will yellow the fabric.

Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol .

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.


Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?


Pengertian alkohol


Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.


i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)


ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Webster’s Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)


Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.

Kenajisan arak



Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi‘i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Ta‘ala:


Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Surah al-Mâ’idah: 90)




Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.


Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.


Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ‘ainiyyah.


Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:


Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair


Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:


Ertnya:

(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal




Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:


Ertinya:

(Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur


Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.


Hukum alkohol daripada arak


Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar‘i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:


Ertinya:

Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar‘i)




Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.


Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia


Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.


Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.


Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.


Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?


Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin ‘Ali radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda:




Maksudnya: 

Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.


(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)




Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu‘man bin Basyir radhiallahu ‘anhu:


Maksudnya: 

Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram.(Hadis riwayat Muslim)




Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.